Accessibility Tools

Taklimat TVET Tahfiz Sekitar Daerah Tangkak

27 JULAI 2023 - Telah berlangsung Taklimat Halatuju TVET Tahfiz anjuran Pejabat Pendidikan Islam Daerah Tangkak dihadiri Mudir-Mudir Institusi Pendidikan Islam Swasta Daerah Tangkak. Taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Mudir madrasah tentang TVET Tahfiz dan peluang yang ditawarkan.
 
Objektif utama adalah untuk melahirkan generasi yang belia remaja tahfiz celik ilmu kemahiran direalisasikan hala tuju dalam kemahiran TVET. Aspirasi ini mampu menjadi anak tahfiz lebih kompetan dan mampu bersaing dengan arus perdana revolusi industri (iR 4.0).
 
Taklimat ini di sampaikan oleh En Mohd Rafizi Bin Yasabah (Pen Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan. Dibantu oleh Ketua Jabatan Subjek umum Ustaz Md Yatim bin Hussein, Pn Noorashikin binti Saari dan Pn Zahariah binti Mansor.
 
Setinggi-tinggi terima kasih pihak PPID Tangkak atas jemputan pihak kami mempromosikan TVET. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Jom sertai kami Tahfiz TVET dalam bidang kemahiran dan memperkasakan TVET Madani seiring hasrat Negara.
 
"Jom Masuk ILP Tangkak"
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓"
 

Related Articles