Accessibility Tools

Perutusan Pengarah

 

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan kehendak dan izinNya, Laman Web ILP Tangkak dapat disempurnakan dengan jayanya. Dengan adanya laman web ini, diharapkan ianya dapat memberi perkhidmatan dan bermanfaat sebagai wadah perkongsian maklumat interaktif kepada seluruh rakyat Malaysia.

Laman Web ini dibangunkan dengan hasrat memperkenalkan Jabatan ini kepada masyarakat awam, menyampaikan maklumat mengenai peluang-peluang latihan kemahiran yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Tangkak serta menjadi saluran alternatif maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan yang disediakan kepada semua golongan masyarakat.

Pada tahun 1998, ILP Tangkak mencatat sejarah sebagai salah sebuah agensi penyedia latihan teknikal dan kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia di atas tanah seluas 50 ekar yang dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-7. ILP Tangkak ditubuhkan untuk melatih lepasan sekolah dan pekerja industri dalam kemahiran teknikal secara formal yang telah bermula secara rasmi pada 13 Oktober 2000 dan sesi pengambilan pelajarnya yang pertama telah dilaksanakan pada 8 Januari 2001.

Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju, modal insan yang berkualiti amat diperlukan pada masa kini dan akan datang. Aktiviti peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran serta kecekapan tenaga kerja era Revolusi Perindustrian 4.0 mestilah diberi perhatian dan keutamaan oleh masyarakat agar negara tidak ketinggalan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

Atas kesedaran ini, kami menyeru semua lapisan masyarakat terutamanya lepasan sekolah dan pekerja sektor industri agar merebut peluang yang disediakan bagi memperolehi maklumat ke arah pembangunan keupayaan diri berasaskan pengetahuan dan kemahiran terkini.

Seterusnya kami berharap semoga maklumat yang disediakan melalui laman web ini memberikan manfaat kepada semua pengunjung.

Sekian Terima Kasih, Selamat Melayari Laman Web Institut Latihan Perindustrian Tangkak, Johor Darul Takzim.

 

Mohamad Noor Bin Ismail
Pengarah

Related Articles