Accessibility Tools

Program Khidmat Komuniti sempena Program Jelajah Orang Johor

20 April 2025 - Pasukan Sukarelawan Pelajar Southern Volunteer ILP Tangkak merangkap Wira KESUMA telah berjaya melaksanakan program khidmat komuniti sempena Program Jelajah Orang Johor bertempat di Padang Bestari Sagil Kampung.
 
Pasukan sukarelawan seramai 22 orang yang terdiri daripada pelajar semester satu telah dibawa oleh Puan Noorashikin selaku Pegawai Psikologi ILP Tangkak mempunyai tujuan untuk bergaul dan menyantuni komuniti setempat yang secara tidak langsung menggalakkan proses komunikasi, penghayatan ilmu kemanusiaan dan meluaskan promosi ILP Tangkak bersama komuniti setempat dan agensi.
 
Program Jelajah Orang Johor telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani (Dun Gambir).
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles