26 Mac 2025 - Sebagai penutup program Ihya’ Ramadhan ILP Tangkak, seluruh kakitangan ILP Tangkak bergotong-royong dalam aktiviti penyediaan bubur lambuk untuk edaran buat semua kakitangan ILP Tangkak, pekerja kontrak, pelajar ILP Tangkak termasuk beberapa agensi disekitar Tangkak.
Tuan Pengarah, Ybrs. En Ahmad Jefri Bin Sabri berbesar hati untuk turut sama dalam sesi pengedaran bubur lambuk ke agensi termasuk IPD Tangkak, AADK, Rumah Anak Yatim Ledang dan Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Tangkak.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
