Kursus ini memberi penumpuan mengenai penghasilan produk plastik melalui proses pengacuan suntikan (injection moulding). Selain itu, memberi tumpuan mengenai sifat dan ciri-ciri plastik (polimer) bagi proses pengacuan, penyemperitan, pemampatan pembentuk vacuum dan beberapa proses sokongan dalam menghasilkan produk berasaskan bahan plastik.
Para pelatih juga akan mempelajari cara penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis mesin pengacuan suntikan bagi penghasilan produk. Selepas itu, pelatih akan mempelajari proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk
Para pelatih juga akan didedahkan dengan mengenai bahagian pengurusan untuk merancang dan mengawal perjalanan operasi syarikat beserta penyelenggaraan dan kaedah yang betul dalam mengendalikan mesin.
Senarai Modul
Semester 1 / Tahap 1
KOD | NAMA MODUL |
Subjek Teras | |
E01-01-11 | Workshop practice and safety |
E01-01-12 | Material management |
E01-01-13 | Fundamental of Mould |
E01-01-14 | Technical drawing |
E01-01-15 | Mould installation |
E01-01-16 | Fundamental of injection moulding |
Subjek Umum | |
MT1121 | Mathematics 1 |
PH1081 | Physic 1 |
IT1061 | Computer Application 1 |
PI1031 / PM1041 | Islamic studies 1 / Morale studies |
TE1091 | Technical english 1 |
Semester 2 / Tahap 2
KOD | NAMA MODUL |
Subjek Teras | |
E01-02-11 | Auxiliary equipment fuction |
E01-02-12 | Mould set-down process |
E01-02-13 | Basic machine maintenance |
E01-02-14 | Computer aided design |
E01-02-15 | Plastic processing technology |
Subjek Umum | |
MT2121 | Mathematics 2 |
PH2081 | Physic 2 |
PI2031 / PM2041 | Islamic studies 2 / Morale studies 2 |
TE2091 | Technical English 2 |
Semester 3 / Tahap 3
KOD | NAMA MODUL |
Subjek Teras | |
E01-03-11 | Production Monitoring |
E01-03-12 | Production Material Requirement |
E01-03-13 | Production Process Activity |
E01-03-14 | Injection moulding process activity |
E01-03-15 | Essentioal Part modeling By Cad |
Subjek Umum | |
MT3121 | Mathematic 3 |
ES3111 | Engineering Science 3 |
PI3031 /PM3041 | Islamic studies 3 / Morale studies 3 |
Semester 4 / Tahap 4
KOD | NAMA MODUL |
E01-04-11 | Process improvement |
E01-04-12 | Supervisory |
E01-04-13 | Plastic testing |
E01-04-14 | Advanced Part Modelling By Cad |
E01-04-15 | Product defect analysis |
E01-04-16 | Basic printing process |
Kemudahan
- Bengkel yang dilengkapi dengan mesin-mesin seperti Injection Moulding, Blow Moulding, Blown Film dan sebagainya yang memenuhi keperluan dalam industri.
- Makmal komputer yang dilengkapi dengan komputer mengikut spesifikasi terkini dan perisian kejuruteraan yang diguna pakai di industri serta berhawa dingin.
- Makmal pengujian yang dilengkapi mesin-mesin pengujian produk plastik.
- Bilik-bilik kuliah.
Persijilan
- Sijil Juruteknik Perindustrian oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menggunakan sistem CGPA dan GPA.
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 & 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Aktiviti Luar Yang Pernah Dijalankan
- 2024 - Pingat Perak dalam National Innovation & Invention Competition Through Exhibition (CITEC) 2024 di ADTEC Melaka
- 2023 - Pingat Gangsa dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC 2023)
- 2021 - Pingat Perak dalam National Innovation & Invention Competition Through Exhibition 2021
- Lawatan industri ke ILP Bukit Katil untuk membuat latihan hands-on mesin Vacuum Forming.
- Lawatan industri ke kilang HICOM Teck See di Shah Alam, Selangor untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan teknologi suntikan acuan untuk komponen-komponen kenderaan yang melibatkan penggunaan mesin Injection Moulding dan mould yang pelbagai di sektor industri.
Prospek Kerjaya
- Peluang pekerjaan kebanyakannya dalam sektor perindustrian pembuatan dan kilang-kilang membuat barangan berasaskan
- Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai
- Penolong pengurus pengeluaran plastik
- Juruteknik penyelenggaraan mesin plastik dan yang berkaitan
- Penyelia kilang
- Pelukis pelan
- Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke Tahap 3 & 4 (setaraf Diploma) dan Tahap 5 (setaraf Ijazah) di institut-institut kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI dan lain-lain
Peralatan Latihan (Utama)
1) Mesin Blow Moulding
- Jenis Mesin : SMC 5000 T
- FUNGSI : Mesin in boleh melakukan proses pengeluaran botol-botol plastik
2) Mesin Injection Moulding Machine 100 Tonne
- MODEL : SUMITOMO SE 100EV
- FUNGSI : Mesin ini boleh melakukan proses pengeluaran produk plastik yang dibentuk oleh acuan (mould)
3) Mesin Injection Moulding 60 Tonne
- MODEL : DEMAG
- FUNGSI : Mesin ini boleh melakukan proses pengeluaran produk plastik yang dibentuk oleh acuan (mould)
4) Mesin injection Moulding 50 Tonne
- MODEL : BATTENFELD
- FUNGSI : Mesin ini boleh melakukan proses pengeluaran produk plastik yang dibentuk oleh acuan (mould)
- Software
- i) CAD (AUTOCAD 2D & 3D)
- ii) CAM (MASTERCAM 2D & 3D)
iii) SolidWork (Solid modelling computer-aided design)
Aktiviti-aktiviti pelajar/pesyarah di bengkel
Pensyarah sedang menunjukkan cara menghilangkan kesan karat pada Plate Mould Hot Runner
Pensyarah sedang menunjukkan penggunaan mesin injection moulding
Pensyarah menunjukkan cara yang betul bagaimana untuk memasang Mould Hot Runner dengan kaedah yang betul dan tepat
Pelajar membersihkan permukaan Top Plate Mould Hot Runner menggunakan grinder tangan untuk memastikan kesan karat pada plate hilang, bagi memanjangkan jangka hayat acuan