Apa itu ILP?
ILP adalah Institut Latihan Perindustrian dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Dimana lokasi sebenar ILP Tangkak ?
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak terletak di KM 43, Jalan Segamat, Sagil, 84020 Tangkak, Johor. Untuk melihat peta ke ILP Tangkak sila Klik Disini
Berapakah Jumlah Kesemua Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Tangkak ?
ILP Tangkak Menawarkan 7 Kursus Kesemuanya iaitu
- Teknologi Pembuatan (Perkakasan)
- Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
- Teknologi Fabrikasi Logam
- CADD Mekanikal (Pembuatan)
- Teknologi Mekatronik
- Teknologi Polimer (Plastik)
- Teknologi Komputer (Rangkaian).
Bagaimanakah Untuk Saya Memohon Masuk Ke ILP Tangkak ?
Terdapat 2 Cara Permohonan Kemasukan Ke ILP Tangkak
1) PERMOHONAN DI ATAS TALIAN MELALUI http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/permohonaniljtm
2) PERMOHONAN DI ATAS TALIAN MELALUI https://bit.ly/3ZlQAkt
3) PERMOHONAN TERUS DI PEJABAT BAHAGIAN PENGURUSAN PELAJAR DAN LATIHAN (BPPL) ILP TANGKAK
Pemohon perlu datang sendiri ke pejabat BPPL ILP Tangkak atau;
Hubungi kami ditalian 06-977 3800 - untuk maklumat lanjut.
Pengambilan pelajar untuk mengikuti latihan di Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai (tertakluk kepada perubahan semasa)
Iklan pengambilan akan disiarkan pada laman web kami atau/dan di akhbar-akhbar tempatan bermula tiga bulan sebelum tarikh pengambilan.
- Permohonan hanya boleh dilakukan dengan mengisi borang yang boleh diperolehi secara terus di pejabat BPPL ILP Tangkak, permohonan dalam talian di pautan institut dan permohonan online di Laman Web Jabatan Tenaga Manusia
- Maklumat lanjut akan disertakan bersama iklan yang disiarkan.
- Semak laman web kami untuk mendapatkan maklumat terbaru dan kemaskini dari masa ke semasa
Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan pegawai kami pada waktu pejabat di talian 06-977 3800
Apakah kemudahan yang disediakan untuk pelajar?
Di setiap bahagian terdapat bengkel yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan serta makmal komputer untuk kegunaan latihan beserta kemudahan capaian internet menggunakan wifi institut. Sesi pembelajaran turut dijalankan dibilik-bilik kuliah di setiap bahagian. Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah Utama dan Dewan Serbaguna untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan. Kemudahan penginapan (asrama lelaki dan perempuan) turut disediakan beserta Dewan Makan, Surau dan kemudahan Sukan untuk keselesaan pelajar.
Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?
Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 1 tahun hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti.
Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.
Apakah perbezaan antara sistem kemahiran yang dijalankan antara ILP dan institusi aliran akademik?
Di ILJTM proses pembelajaran adakah berdasarkan 70% kemahiran dan 30% teori. Kebanyakan pembelajaran di sini memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan sendiri kerja-kerja bagi memberi pengalaman kepada mereka untuk menghadapi suasana kerja yang sebenar. Untuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan perlatan yang digunakan di dalam sektor industri. Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK dan Sijil Teknologi oleh JTM.
Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran?
Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK - nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan sijil setelah tamat latihan ?
Sijil akan ditauliahkan setelah tamat latihan dengan jayanya oleh badan kerajaan seperti berikut iaitu Majlis Latihan Vokasional Malaysia (SKM Tahap 1 dan 2) dan juga Sijil Juruteknik Perindustrian dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?
Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mnegikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
Kemana Selepas ILP ?
Lulusan ILP mempunyai peluang yang sangat cerah dan menarik minat industri sebagai juruteknik dan pembantu juruteknik. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat SKM tahap 3, 4 dan 5 ynag setara dengan diploma dan ijazah seperti di ADTEC, JMTI, GMI, MFI, CIAST, IKTBN dan beberapa universiti