Accessibility Tools

Lawatan Sambil Belajar Bidang Teknologi Fabrikasi Logam ke Tenagra Sdn Bhd

28 Mei 2025 - 35 orang pelajar Bidang Teknologi Fabrikasi Logam ILP Tangkak menjalankan sesi lawatan sambil belajar ke Tenagra Sdn Bhd, Krubong, Melaka bagi memperkukuhkan pemahaman teori yang telah dipelajari di dalam kelas melalui pemerhatian dan interaksi terus dengan pihak industri.
 
Tenagra Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan teknikal kepada industri tempatan termasuk kerja-kerja Fabrikasi dan Pemasangan Struktur Logam.
 
Semoga sesi lawatan ini dapat memberi maklumat mengenai permintaan industri dan halatuju kepada penyumbang ekonomi selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global serta melahirakan tenaga kerja yang memenuhi permintaan pihak industry dan Masyarakat setempat.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles