Kursus ini memberi penumpuan mengenai sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini. Kursus Teknologi Mekatronik mempunyai kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik , elektrikal, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya.
Para pelajar juga akan mempelajari modul yang ditawarkan mengikut keperluan industri seperti Robotik, Elektronik, Elektrik, Pneumatik, Hydraulik, Pemesinan, Autocad, Programmable Logic Controller (PLC), Networking, Jigs and fixtures serta membuat inovasi dalam rekacipta sedia ada di samping mempelajari kemahiran menguruskan projek dalam persekitaran berkumpulan
Para pelajar juga akan didedahkan dengan latihan industri selama tiga bulan ketika di semester akhir untuk didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa di samping mengalami persekitaran kerja sebenar. Aktiviti kokurikulum juga dimasukkan sebagai usaha membentuk sahsiah pelajar yang baik dan bertanggungjawab.
Senarai Modul
Semester 1 / Tahap 2
KOD | NAMA MODUL |
SUBJEK TERAS | |
B10-01-11 | TECHNICAL DRAWING |
B10-01-12 | ELECTRICAL & ELECTRONIC ASSEMBLY |
B10-01-13 | EMECHANICAL ASSEMBLY |
B10-01-14 | PNEUMATIC & HYDRAULIC SYSTEM |
B10-01-15 | BASIC PLC PROGRAMMING |
B10-01-16 | MECHANICAL WORKSHOP PRACTICE |
SUBJEK UMUM | |
MT1124 | MATHEMATICS 1 |
TE1091 | TECHNICAL ENGLISH 1 |
PI1031/PM1041 | ISLAMIC STUDIES 1 / MORALE STUDIES 1 |
PH1081 | PHYSIC 1 |
IT1061 | COMPUTER APPLICATION |
KK1071 | CO-CURICULUM 1 |
Semester 2 / Tahap 2
KOD | NAMA MODUL |
SUBJEK TERAS | |
B10-02-11 | ENGINEERING DRAWING (CAD) |
B10-02-12 | ELECTRICAL & ELECTRONIC SYSTEM ASSEMBLY |
B10-02-13 | MECHANICAL SYSTEM ASSEMBLY |
B10-02-14 | AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION |
B10-02-15 | ELECTRO PNEUMATIC & ELECTRO HYDRAULIC SYSTEM |
SUBJEK UMUM | |
MT2124 | MATHEMATICS 2 |
PH2041 | PHYSICS 2 |
PI2031/PM2041 | ISLAMIC STUDIES 2 / MORALE STUDIES 2 |
TE2091 | TECHNICAL ENGLISH 2 |
KK2071 | CO-CURICULUM 2 |
Semester 3 / Tahap 3
KOD | NAMA MODUL |
SUBJEK TERAS | |
B10-03-11 | AUTOMATION SYSTEM MAINTENANCE |
B10-03-12 | ELECTRICAL MOTOR |
B10-03-13 | ADVANCE PLC |
B10-03-14 | SUPERVISORY |
B10-03-15 | INDUSTRIAL ROBOT |
B10-03-16 | COMPUTER PROGRAMMING |
SUBJEK UMUM | |
MT4124 | MATHEMATICS 3 |
ES3101 | ENGINEERING SCIENCE 3 |
PI3031 / PM3041 | ISLAMIC STUDIES 3 / MORALE STUDIES 3 |
Kemudahan
- Bilik kuliah yang dilengkapi dengan penghawa dingin.
- Bengkel yang dilengkapi dengan mesin turning, milling, pedestal grinder, hacksaw machine, bandsaw machine dan mesin drill.
- Makmal komputer yang dilengkapkan dengan penghawa dingin serta mengikut spesifikasi yang terkini dan dilengkapi dengan software yang digunapakai di industri.
- Makmal–makmal yang dilengkapi dengan kelengkapan latihan mengikut matapelajaran seperti Makmal Hidraulik & Elektro-hidraulik, Makmal Pneumatik & Elektro-Pneumatik, Modular Production System (MPS) dan Makmal PLC .
Persijilan
- Sijil Juruteknik Perindustrian oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1,2 & 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Pelajar akan dinilai berdasarkan sistem CGPA dan GPA.
Aktiviti Luar Yang Pernah Dijalankan
- 2024 - 1 Pingat Platinum,1 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak dalam Creativity & Innovative Technology Competition (CITEC) 2024 di ADTEC Melaka
- 2023 - Tempat Pertama dalam UniKL International Robattle Competition
- 2023 - Pingat Emas dalam Pertandingan Labuan Innovation & Creativity, Exhibition (LIACE'23)
- 2023 - Tempat Ketiga dalam Pertandingan Inovasi Green Tech & Electro-Pneumatic (PLC) di MISDECC Melaka
- 2023 - Pingat Perak dalam National Innovation & Invention Competition Through Exhibition (iCOMPEX) 2023
- 2021 -Pingat Perak dalam National Innovation & Invention Competition Through Exhibition (iCOMPEX) 2021
- Pertandingan Robot Challenge
- Pertandingan Robot Challenge KTMRC - Memenangi Best Design Award
- Pertandingan UNIKL Robottle
- Pertandingan Robot Tempur anjuran Belia Sukan Antarabangsa
- Pertandingan Robot Rumblez anjuran Jabatan Tenaga Manusia - Johan
- Pertandingan IComplex 16, National Innovation and Invention Competition Trought Exhibition 201 - Pingat Perak
Prospek Kerjaya
- Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri terutamanya kilang-kilang ,memerlukan pekerja separa mahir dalam bidang Mekatronik, Elektronik, Mekanikal, Automasi dan Robotik di industri.
- Pelajar yang berjaya menghabiskan SKM Tahap 2 dan Tahap 3 berpeluang bekerja sebagai Pembantu Teknik / Pembantu Jurutera
- Pelajar yang berjaya menamatkan latihan di ILP Ledang akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia dan Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) yang dikeluarkan oleh ILJTM berdasarkan bidang yang berkaitan dan berpeluang menyambung pengajian di ADTEC, JMTI, UTeM, UniSEL, UniKL, Uni MAP, UTHM dan sebagainya.
Peralatan / Kelengkapan Latihan
1) JENIS MESIN : PRECISION HIGH SPEED LATHE (M)
- MODEL : GILDEISMEISTER FAMOT/ AEM PLUS 1000
- FUNGSI : Mesin ini berfungsi untuk menghasilkan bentuk silinder dengan memutarkannya pada mata pemotong. Mesin ini juga boleh melakukan proses melarik benda kerja yang berbentuk silinder dalam pelbagai paksi.
2)JENIS MESIN : UNIVERSAL MILLING MACHINE
- MODEL : EXCEL (EC) FU 281
- FUNGSI : Mesin ini berfungsi untuk memotong bahan logam secara menyerpih dengan menggunakan mata pemotong berbilang hujung.
3) REVOLUTE ROBOT
- MODEL : MITSUBISHI RV-E2/CR-E116
- FUNGSI : Robot ini berfungsi untuk memindah, mengangkat dan memanipulasi benda kerja dengan pelbagai program pergerakan untuk perlbagai tugas. Ia mempunyai sensor yang berfungsi untuk memberi informasi tentang keadaan atau kedudukan benda kerja.
4)JENIS MESIN : HYDRAULIC TECHNOLOGY TRAINING SYSTEM
- MODEL : FESTO
- FUNGSI : Mesin ini berfungsi untuk melatih dan memahirkan pelajar penggunaan komponen dari segi fungsi dan penggunaan dalam sistem hidraulik.
5)JENIS MESIN : TRAINING SYSTEM PNEUMATIC
- MODEL : FESTO / GERMANY
- FUNGSI : Mesin ini berfungsi untuk melatih dan memahirkan pelajar penggunaan komponen dari segi fungsi dan penggunaan dalam sistem pneumatic.
6)JENIS MESIN : PROGRAMMABLE LOGIC CONTROL (PLC) TRAINING SET
- MODEL : OMRON SYSMAC CPM2A
- FUNGSI : Mesin ini berfungsi untuk melatih dan memahirkan pelajar menggunakan sistem omron