11 -13 Jun 2025 || Penglibatan ADTEC JTM Kampus Tangkak Sempena Program Hari TVET Negara 2025 bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Sambutan Hari TVET Negara 2025 dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya” telah dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Sambutan ini diharap dapat meningkatkan minat masyarakat terhadap bidang TVET serta menyemarakkan kesedaran mengenai pelbagai inisiatif, insentif dan peluang kerjaya yang tersedia dalam sektor berasaskan kemahiran.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
