Accessibility Tools

Pengenalan

Merujuk Surat  dari Kementerian Sumber Manusia  No Rujukan: KSM/PSM/500-1/3/15(35) bertarikh 15 Jun 2016, nama Institut Latihan Perindustrian Ledang  telah dipinda kepada Institut Latihan Perindustrian Tangkak selaras dengan perubahan nama Daerah Ledang kepada Daerah Tangkak melalui Warta Kerajaan Johor bertarikh 17 Disember 2015. 

Pada tahun 1998, sejarah bermulanya pembinaan ILP Tangkak sebagai Institut latihan teknikal dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia di atas tanah seluas 50 ekar berhampiran Pekan Sagil. Dibangunkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-7, ILP Tangkak yang ditubuhkan untuk melatih kemahiran teknikal secara formal bagi lepasan sekolah dan pekerja industri yang telah memulakan operasi dengan rasminya pada 13 Oktober 2000 dengan pengambilan pelatih yang pertama telah dilaksanakan pada 8 Januari 2001. Kos perbelanjaan keseluruhan termasuk bangunan dan peralatan ialah RM170 juta.

Majlis perasmian ILP Tangkak telah dilakukan secara serentak melalui persidangan video (Video Conference oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi di ADTEC Shah Alam dan disempurnakan di ILP Tangkak oleh Menteri Besar Johor, Dato' Hj Abdul Ghani Othman pada 11 Januari 2003 yang mana pada ketika itu, Institut Latihan Perindustrian Tangkak dikenali dengan nama Institut Latihan Perindustrian Muar.

Pengurusan ILP Tangkak telah diterajui oleh 6 Pengarah yang sangat berkaliber bagi melahirkan pusat latihan kemahiran yang terbilang.

  1. Pn Rosnah binti Muhammad Tahir – Oktober 2000 - Mac 2004
  2. Tuan Hj Zainuddin Bin Hj Ahmad  - Jun 2004 –  Jun 2009
  3. En Adnan Bin Ismail – 15 Julai 2009 -15 Februari 2014
  4. En Mohammad Musa Bin Ahmad – 27 Februari 2014 – 14 Disember 2021
  5. En Mohmad Noor Bin Ismail – 15 Disember 2021 – 31 Disember 2024
  6. En Ahmad Jefri Bin Sabri – 28 Februari 2025 - Sekarang

Terdapat 7 Kursus yang dijalankan di ILP Tangkak.

  1. Teknologi Pembuatan
  2. Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
  3. Teknologi Fabrikasi Logam
  4. CADD Mekanikal (Pembuatan)
  5. Teknologi Mekatronik
  6. Teknologi Polimer (Plastik)
  7. Teknologi Komputer (Rangkaian)
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Related Articles