Accessibility Tools

Sesi Perbincangan Program Karnival Kerjaya My Future Job

23 April 2025 - Kunjungan mesra En Ahmad Jefri bin Sabri, Pengarah ILP Tangkak bersama Pn Shakila binti Zainal, Pegawai Unit Khidmat Sokongan Kerjaya dan Komuniti dan Pn Noorashikin binti Saari, Pegawai Psikologi ILP Tangkak ke Pejabat Perkeso Daerah Muar.
 
Sesi perbincangan dilaksanakan bersama En Mohd Saifuddin bin Mohd Nor, Pengurus Perkeso Muar dalam membincangkan perancangan Program Karnival Kerjaya My Future Job yang bakal diadakan pada bulan Jun 2025 sempena Bulan Tvet Negara.
 
Kerjasama strategik yang terjalin dapat meluaskan jaringan sosial dan promosi institusi bersama agensi sekitar dalam memartabatkan tvet sebagai sektor pendidikan pilihan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles