Accessibility Tools

Program Pembangunan Interpersonal Pelajar bersama Penghuni Villa Harapan Melaka

17 Mei 2025 - Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ILP Tangkak telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Interpersonal Pelajar bersama Penghuni Villa Harapan Melaka sebagai salah bentuk pendidikan dan melahirkan kesedaran kepada pelajar PRS dalam proses pelaksanaan program, kesedaran motivasi dalaman dan memberikan suntikan kemanusiaan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
 
Melalui program ini selain dapat memperkukuhkan promosi di masyarakat luar ia secara tidak langsung membantu pelajar menjadi individu yang mempunyai nilai kemanusiaan, empati dan saling menghormati diantara satu sama lain. Kelab PRS juga berjaya menyumbang Water Jet kepada Penyelia Villa Harapan Melaka untuk kegunaan pembersihan Penghuni.
 
Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025, program ini merupakan salah satu program yang mendidik belia berjiwa prihatin, yakin kepada diri sendiri dan sentiasa peka dengan isu kemasyarakatan yang berlaku di dalam kehidupan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles