Accessibility Tools

Majlis Ukhwah Kakitangan, Pelajar dan Komuniti Institut Latihan Perindustrian Tangkak 2025

25 April 2025 - ILP Tangkak telah menganjurkan Majlis Ukhwah Kakitangan, Pelajar dan Komuniti Institut Latihan Perindustrian Tangkak 2025 di Dewan Makan ILP Tangkak sebagai salah satu daripada bentuk jalinan ukhwah dikalangan seluruh warga ILP Tangkak dan komuniti.

Majlis turut memberi penghargaan buat semua yang terlibat dalam beberapa pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dan Bulan Syawal termasuk Pertandingan Bilal Muda, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Video Kreatif Terbaik, Kuiz Moral Ramadan dan Pertandingan Deco Raya.

Tahniah juga diucapkan kepada penerima Anugerah Pakaian Raya Terbaik Kakitangan Lelaki, Anugerah Pakaian Raya Terbaik Kakitangan Perempuan, Anugerah Pakaian Raya Terbaik Pelajar Lelaki dan Anugerah Pakaian Raya Terbaik Pelajar Perempuan,

Syabas buat semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H / 2025M
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles