Accessibility Tools

Teknologi Polimer (Plastik)

Kursus ini memberi penumpuan mengenai penghasilan produk plastik melalui proses pengacuan suntikan (injection moulding). Selain itu, memberi tumpuan mengenai sifat dan ciri-ciri plastik (polimer) bagi proses pengacuan, penyemperitan, pemampatan pembentuk vacuum dan beberapa proses sokongan dalam menghasilkan produk berasaskan bahan plastik.

Para pelatih juga akan mempelajari cara penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis mesin pengacuan suntikan bagi penghasilan produk. Selepas itu, pelatih akan mempelajari proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk

Para pelatih juga akan didedahkan dengan mengenai bahagian pengurusan untuk merancang dan mengawal perjalanan operasi syarikat beserta penyelenggaraan dan kaedah yang betul dalam mengendalikan mesin.

 

Senarai Modul

Semester 1 / Tahap 1

KOD NAMA MODUL
Subjek Teras
E01-01-11 Workshop practice and safety
E01-01-12 Material management
E01-01-13 Fundamental of Mould
E01-01-14 Technical drawing
E01-01-15 Mould installation
E01-01-16 Fundamental of injection moulding
 Subjek Umum
MT1121 Mathematics 1
PH1081 Physic 1
IT1061 Computer Application 1
PI1031 / PM1041 Islamic studies 1 / Morale studies
TE1091 Technical english 1

 

Semester 2 / Tahap 2

KOD NAMA MODUL
Subjek Teras
E01-02-11 Auxiliary equipment fuction
E01-02-12 Mould set-down process
E01-02-13 Basic machine maintenance
E01-02-14 Computer aided design
E01-02-15 Plastic processing technology
Subjek Umum
MT2121 Mathematics 2
PH2081 Physic 2
PI2031 / PM2041 Islamic studies 2 / Morale studies 2
TE2091 Technical English 2

 

Semester 3 / Tahap 3

KOD NAMA MODUL
 Subjek Teras
E01-03-11 Production Monitoring
E01-03-12 Production Material Requirement
E01-03-13 Production Process Activity
E01-03-14 Injection moulding process activity
E01-03-15 Essentioal Part modeling By Cad
 Subjek Umum
MT3121 Mathematic 3
ES3111 Engineering Science 3
PI3031 /PM3041 Islamic studies 3 / Morale studies 3

 

Semester 4 / Tahap 4

KOD NAMA MODUL
E01-04-11 Process improvement
E01-04-12 Supervisory
E01-04-13 Plastic testing
E01-04-14 Advanced Part Modelling By Cad
E01-04-15 Product defect analysis
E01-04-16 Basic printing process

 

Kemudahan

  • Bengkel yang dilengkapi dengan mesin-mesin seperti Injection Moulding, Blow Moulding, Blown Film dan sebagainya yang memenuhi keperluan dalam industri.
  • Makmal komputer yang dilengkapi dengan komputer mengikut spesifikasi terkini dan perisian kejuruteraan yang diguna pakai di industri serta berhawa dingin.
  • Makmal pengujian yang dilengkapi mesin-mesin pengujian produk plastik.
  • Bilik-bilik kuliah.

 

Persijilan

  • Sijil Juruteknik Perindustrian oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menggunakan sistem CGPA dan GPA.
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 & 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

Aktiviti Luar Yang Pernah Dijalankan

  • 2024 - Pingat Perak dalam National Innovation & Invention Competition Through Exhibition (CITEC) 2024 di ADTEC Melaka
  • 2023 - Pingat Gangsa dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC 2023)
  • 2021 - Pingat Perak dalam National Innovation & Invention Competition Through Exhibition 2021
  • Lawatan industri ke ILP Bukit Katil untuk membuat latihan hands-on mesin Vacuum Forming.
  • Lawatan industri ke kilang HICOM Teck See di Shah Alam, Selangor untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan teknologi suntikan acuan untuk komponen-komponen kenderaan yang melibatkan penggunaan mesin Injection Moulding dan mould yang pelbagai di sektor industri.

 

Prospek Kerjaya

  • Peluang pekerjaan kebanyakannya dalam sektor perindustrian pembuatan dan kilang-kilang membuat barangan berasaskan
  • Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai
    • Penolong pengurus pengeluaran plastik
    • Juruteknik penyelenggaraan mesin plastik dan yang berkaitan
    • Penyelia kilang
    • Pelukis pelan 
  • Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke Tahap 3 & 4 (setaraf Diploma) dan Tahap 5 (setaraf Ijazah) di institut-institut kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI dan lain-lain

 

Peralatan Latihan (Utama)

 

1) Mesin Blow Moulding

  • Jenis Mesin : SMC 5000 T
  • FUNGSI : Mesin in boleh melakukan proses pengeluaran botol-botol plastik

 

2) Mesin Injection Moulding Machine 100 Tonne 

  • MODEL : SUMITOMO SE 100EV
  • FUNGSI : Mesin ini boleh melakukan proses pengeluaran produk plastik yang dibentuk oleh acuan (mould)

 

3) Mesin Injection Moulding 60 Tonne

  • MODEL : DEMAG
  • FUNGSI : Mesin ini boleh melakukan proses pengeluaran produk plastik yang dibentuk oleh acuan (mould)

 

4) Mesin injection Moulding 50 Tonne

  • MODEL : BATTENFELD
  • FUNGSI : Mesin ini boleh melakukan proses pengeluaran produk plastik yang dibentuk oleh acuan (mould)

  1. Software
  2. i) CAD (AUTOCAD 2D & 3D)
  3. ii) CAM (MASTERCAM 2D & 3D)

  iii) SolidWork (Solid modelling computer-aided design)

 

Aktiviti-aktiviti pelajar/pesyarah di bengkel

 

 

Pensyarah sedang menunjukkan cara menghilangkan kesan karat pada Plate Mould Hot Runner

 

Pensyarah sedang menunjukkan penggunaan mesin injection moulding

Pensyarah menunjukkan cara yang betul bagaimana untuk memasang Mould Hot Runner dengan kaedah yang betul dan tepat

Pelajar membersihkan permukaan Top Plate Mould Hot Runner menggunakan grinder tangan untuk memastikan kesan karat pada plate hilang, bagi memanjangkan jangka hayat acuan

Related Articles