Accessibility Tools

Perhimpunan Bulanan Pengarah Bil. 1/2025

27 Mac 2025 - Bengkel Teknologi Kimpalan dan Teknologi Pembuatan ILP Tangkak telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Pengarah Bil. 1/2025.
 
Seluruh Warga ILP Tangkak turut mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengarah, En Ahmad Jefri Bin Sabri, Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Nor Azlina Binti Ismail dan Timbalan Pengarah Operasi, Ts. Suriani Binti Rozahan ke ILP Tangkak selaku peneraju utama ILP Tangkak.
 
Majlis turut memberi penghargaan kepada kakitangan ILP Tangkak yang berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh bulan Ramadhan bermula 28 Februari 2025 sehingga 26 Mac 2025 dalam pertandingan ‘Weight Loss Challenge’ anjuran Koperasi ILP Tangkak Berhad. Tahniah buat semua yang berjaya menyahut cabaran ini.
 
Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi ILP Tangkak turut memberi Cenderahati Hari Lahir Bulan Januari- Mac kepada kakitangan ILP Tangkak sebagai tanda ingatan dari seluruh kakitangan ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles