Accessibility Tools

Projek Agro Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ILP Tangkak

26 Februari 2025 - Kelab Pembimbing Rakas Sebaya (PRS) ILP Tangkak menjalankan Projek Agro sebagai salah satu daripada aktiviti kokurikulum pelajar semester dua sebagai pendedahan kepada kemahiran dalam bidang agro.
 
Aktiviti yang dijalankan setiap hari rabu yang merupakan hari kokurikulum pelajar ILP Tangkak, mendedahkan kepada pelajar cara pengendalian dan menguruskan projek agro melalui aktiviti praktikal yang melibatkan perancangan penanaman, pengurusan lepas tuai dan pemasaran hasil tanaman menerusi aktiviti dilapangan sepanjang aktiviti kokorikulum berlangsung.
 
Selain mempelajari kemahiran utama dalam bidang masing-masing, secara tidak langsung pelajar ILP Tangkak turut dibekalkan dengan kemahiran tambahan yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan pada masa hadapan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles