5 dan 26 Februari 2025 - Unit Pengurusan Psikologi telah melaksanakan Program Bimbingan Kerjaya kepada pelajar semester 1 dan 2 di Dewan Kuliah ILP Tangkak bagi meningkatkan kemahiran pembangunan personal dan kenal kekuatan diri yang secara tidak langsung dapat diaplikasikan di dalam perancangan kerjaya para pelajar.
Keberhasilan program ini dapat membangunkan modal insan yang lebih fokus, produktif, dan berupaya menggunakan kelebihan diri yang ada dalam bidang masing-masing untuk merancang laluan pendidikan dan kerjaya setelah menamatkan pengajian di ILP Tangkak.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
