30 September 2026 - Pihak pengurusan melalui Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), diiringi barisan pegawai dan wakil MPP telah mengadakan ziarah kebajikan buat saudara Muhammad Hafiz bin Abdul Hatop (Pelajar Semester 4, Teknologi Kimpalan) yang terlibat dalam kemalangan pada 19 September lalu.
Selain bertanya khabar, pihak kampus turut menyerahkan sedikit sumbangan kebajikan sebagai tanda sokongan solidariti warga ADTEC JTM Kampus Tangkak kepada pelajar yang ditimpa musibah.
Terima kasih diucapkan kepada barisan wakil kampus yang hadir:
• Ts. Mohd Faizal Bin Rusli
• En Mohd RAfizi Bin Yasabah
• Ustaz Muhammad Syafiq Bin Wagimi
• Pn. Noorashikin Binti Saari
• En Hairol Arifin Bin Mohamad Yusof
• Wakil Majlis Perwakilan Pelajar
Semoga saudara Hafiz diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan kembali sembuh seperti sedia kala untuk meneruskan perjuangan di kampus. Kami seluruh warga ADTEC sentiasa mendoakan kesejahteraan anda!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
