Accessibility Tools

Memperkasa Bakat Muda: Lawatan Akademik SMK Tun Mamat Ke ADTEC Tangkak

9 September 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi lawatan akademik daripada SMK Tun Mamat, Tangkak SMK Tun Mamat Rasmi.
Β 
Delegasi yang terdiri daripada 43 orang pelajar Tingkatan 4 bersama 2 orang Guru Kaunseling ini hadir dengan satu matlamat yang jelas: meneroka potensi tanpa sempadan dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Β 
Sepanjang program berlangsung, pengisian padat telah diatur bagi memastikan objektif lawatan tercapai:
✨ Sesi Ice-Breaking: Dikelolakan oleh Pegawai Psikologi, Pn. Noorashikin Saari, bagi membina keserasian dan menyuntik motivasi persediaan minda pelajar.
πŸ“š Taklimat Pengenalan Kursus: Disampaikan oleh En. Mohd Rafizi bin Yasabah, memberi gambaran jelas mengenai laluan kerjaya dan program yang ditawarkan di ADTEC.
βš™οΈ Eksplorasi 7 Bengkel Utama: Kemuncak lawatan yang memberikan pendedahan dunia sebenar TVET. Para pelajar diberi peluang emas untuk merasai pengalaman hands-on dan menguji kemahiran teknikal di fasiliti bengkel kami.
Β 
Inisiatif proaktif seperti ini amat penting dalam memberikan pendedahan awal kepada generasi muda, sekaligus membuka minda mereka terhadap kebolehpasaran tinggi graduan kemahiran di industri masa kini.
Β 
Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Tun Mamat atas kesudian memilih ADTEC Tangkak sebagai destinasi lawatan.
Β 
Kami mendoakan agar para pelajar terus cemerlang dan menjadikan TVET sebagai salah satu pilihan utama dalam merencana kerjaya masa depan!
Β 
β€œJom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
β€œADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
β€œMemperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
Β 

Related Articles