Accessibility Tools

Perlawanan Persahabatan: Pejabat Tanah Daerah Tangkak x ADTEC JTM Kampus Tangkak

Satu perlawanan persahabatan antara Pejabat Tanah Daerah Tangkak dan ADTEC Tangkak telah berlangsung dengan jayanya pada 14 September 2026.
 
Perlawanan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ts. Mohd Suhaimi bin Mat Din, selaku Pengerusi Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Turut hadir memberikan sokongan ialah En. Mohd Hakim bin Selor, Penolong Pegawai Pejabat Tanah Daerah Tangkak. Beliau menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta kakitangan yang bertungkus-lumus merealisasikan acara ini.
 
Inisiatif sukan persahabatan ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah ia merupakan platform terbaik bagi mengeratkan ukhuwah serta membina rangkaian kerjasama yang lebih utuh antara agensi-agensi di Daerah Tangkak.
 
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles