Accessibility Tools

Pengerusi PRS ADTEC JTM Kampus Tangkak Diberi Kepercayaan Sebagai Ahli Dewan Muda Johor

Dari Kampus ke Dewan Muda Johor
 
26 September 2026 - Seorang pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak Saudara Muhammad Arif Haidil bin Ariffin dari Kursus Sijil Teknologi Mekatronik Sem 3 merangkap Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ADTEC JTM Kampus Tangkak telah dilantik sebagai Ahli Dewan Muda Johor bagi sesi 2026/2027.
 
Pelantikan ini membawa satu amanah yang besar dalam memperkasakan suara anak muda dalam membina kepimpinan masa depan dan menyumbang kepada kesejahteraan Negeri Johor. Program Dewan Muda Johor ini telah dirasmikan oleh YB Dato Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor bertempat di Dewan Utama MEDINI, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Johor.
 
Penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Yb Puan Nadhirah Afiqah binti Abdull Rahim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Serom, Johor.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles