Accessibility Tools

Kejayaan Membanggakan Kontinjen Memanah ADTEC JTM Kampus Tangkak

10 September 2026 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen Memanah ADTEC JTM Kampus Tangkak atas pencapaian cemerlang di Sayembara Memanah Tradisional Peringkat Daerah Tangkak, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Tahun 2026!
Β 
Berbekalkan fokus yang jitu dan semangat juang yang tinggi, kontinjen kita telah berjaya melakar sejarah dan membawa pulang kemenangan berikut:
πŸ₯ˆ Naib Johan – Kategori Individu Lelaki
En. Mohd Rasidi Bin Ithnin
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Kategori Berpasukan Lelaki
Β 
Kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa dedikasi dan komitmen padu daripada barisan wira kita:
β€’ En. Mohd Afizalamri Bin Mohd Asrab (Pengurus / Jurulatih)
β€’ En. Mohd Rasidi Bin Ithnin (Atlet)
β€’ En. Azarudin Bin Asrab (Atlet)
β€’ En. Abdul Halim Bin Abdullah (Atlet)
β€’ En. Azizi Bin Mohd Mastura (Atlet)
Β 
Program anjuran Pejabat Pendidikan Islam Daerah Tangkak yang berlangsung di Pusat Latihan Daerah Memanah (Padang STMI) ini bukan sekadar medan menguji kemahiran sukan sunnah. Ia merupakan platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan staf pelbagai jabatan di Daerah Tangkak.
Β 
Penglibatan ini juga amat bertepatan dengan aspirasi ke arah melahirkan barisan penjawat awam yang bukan sahaja berdedikasi dalam tugas, malah aktif, kreatif, cergas, dan sihat secara holistik.
Β 
Terus cemerlang, ADTEC Tangkak!
Β 
β€œMemanah Warisan, Semangat Perpaduan, Malaysia Madani”
Β 
β€œJom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
β€œADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
β€œMemperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
Β 

Related Articles