Accessibility Tools

Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi (MOC) Bersama Syarikat Eurojaya Precision Dan Syarikat Kyosei Seimitsu serta Program Pemindahan Ilmu Dan Jaringan Komuniti Bersama Universiti Utara Malaysia (UUM)

17 September 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Zahri Bin Hj. Samingon, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi menyempurnakan majlis perasmian dan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi (MOC).
 
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya menerusi beberapa agenda utama, iaitu:
 
Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi (MOC)
• Sinergi kukuh bersama rakan industri terkemuka, Syarikat Eurojaya Precision dan Syarikat Kyosei Seimitsu bagi melonjakkan kebolehpasaran dan kemahiran teknikal graduan.
 
Program Pemindahan Ilmu & Jaringan Komuniti
• Usaha sama strategik bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merangkumi perkongsian ilmu eksklusif daripada Alumni UUM buat para pelajar ADTEC.
 
Inisiatif Kelestarian & Fasiliti Latihan
• Sesi lawatan YBhg. Dato’, VIP danTetamu Jemputan ke Bengkel Latihan berteknologi tinggi.
 
Sesi Ramah Mesra Bersama YBhg Dato' KP
• Perjumpaan YBhg Dato' KP bersama warga kerja ADTEC Tangkak dan perkongsian perkembangan semasa JTM.
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Dato' atas kesudian hadir menyempurnakan majlis, seterusnya bersama-sama menjayakan program yang penuh bermakna ini.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam merapatkan jurang antara kemahiran bakat tempatan dengan tuntutan industri global. Sinergi strategik bersama pemain industri ini merupakan asas penting dalam melahirkan tenaga kerja Malaysia yang lebih kompeten dan berdaya saing pada masa hadapan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles