SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ADTEC TANGKAK!
Kami dengan penuh rasa bangga dan syukur ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Tangkak di atas pencapaian cemerlang dalam Malaysia TVET Rating (MTR) 2026.
Pencapaian ini merupakan manifestasi komitmen berterusan, dedikasi, dan usaha keras barisan tenaga pengajar serta pengurusan ADTEC Tangkak dalam memastikan penyampaian pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti tinggi dan bertaraf industri.
Secara keseluruhannya, ADTEC Tangkak telah berjaya merekodkan pencapaian yang sangat membanggakan dengan 2 Program meraih Penarafan 5 Bintang dan 4 Program meraih Penarafan 4 Bintang.
π PROGRAM PENARAFAN 5 BINTANG
- Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-011-3:2011]
- Perkhidmatan Rangkaian Komputer [J619-003-3:2023]
β PROGRAM PENARAFAN 4 BINTANG
- Proses Kimpalan Arka Logam Berperisai [C259-008-3:2022]
- Pelukisan Pelan Mekanikal [MC-080-3:2013]
- Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016]
- Penyeliaan Operasi Suntikan Acuan Plastik [MC-101-3:2015]
Syabas diucapkan! Semoga kejayaan luar biasa ini menjadi pemangkin semangat buat seluruh warga ADTEC Tangkak untuk terus melakar kecemerlangan, seterusnya memperkasa agenda TVET negara dalam melahirkan tenaga mahir yang kompetitif, berdaya saing, dan kalis masa hadapan.
