Accessibility Tools

Kembara Promosi TVET ke SMK Sri Tangkak!

18 September 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak berbesar hati menyertai Pameran Promosi TVET ke SMK Sri Tangkak untuk berkongsi maklumat dan peluang menarik dalam dunia TVET bersama para pelajar yang bersemangat tinggi.
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil rasmi kami yang bertugas, Cik Nadiah Binti Abu Bakar dan Cik Nor Laila Binti Selamat atas dedikasi dan komitmen cemerlang mereka dalam mewakili organisasi serta menyantuni para pelajar sepanjang pameran berlangsung.
 
Masa depan bermula dengan kemahiran yang tepat. Jom terokai potensi anda bersama TVET!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles