Accessibility Tools

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Tangkak Tahun 2026

31 Ogos 2026 - Sederap melangkah menzahirkan semangat patriotisme, ADTEC JTM Kampus Tangkak berbangga dapat menyertai acara Perarakan dan Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Tangkak bagi tahun 2026. Mencatat sejarah tersendiri, edisi penganjuran pada tahun ini telah melakar kelainan apabila diadakan buat julung kalinya di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ).
 
Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Pannir Selvam A/L Paliksina, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan Dan Budaya Negeri Johor, sebagai wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Turut sama menyerikan acara adalah Tuan Md Rozamusliadi Bin Haji Roslan, Pegawai Daerah Tangkak, barisan Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Tangkak, serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Tangkak.
 
Sekalung tahniah dan apresiasi diucapkan kepada kontinjen perbarisan ADTEC JTM Kampus Tangkak yang membariskan 33 orang pelajar dan diringi oleh 3 orang pegawai.
 
Komitmen dan disiplin jitu yang dipamerkan wajar dipuji.
 
Terus mara untuk negara!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles