Accessibility Tools

Majlis Perasmian dan Penutup: Sinergi Strategik ADTEC Tangkak & JPN Johor Menerusi STRIVE26:Kem Eksplorasi TVET

20 Ogos 2026 – Program STRIVE26:Kem Eksplorasi TVET melabuhkan tirai dengan Majlis Perasmian dan Penutup Program yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Muhammad Khairul Nisak Bin Ahmad, Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, PPD Tangkak.

Lebih membanggakan, platform penjenamaan TVET ini telah berjaya menghimpunkan delegasi cemerlang yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah atas dan guru pengiring dari 46 buah sekolah merentasi daerah Tangkak, Muar, dan Segamat, dengan sokongan penuh daripada barisan pegawai kanan JPN Johor.

Sekalung apresiasi dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas dedikasi, komitmen jitu, dan semangat inkuiri yang luar biasa sepanjang sesi eksplorasi ini. Anda adalah perintis teknokrat masa depan negara!

Adalah menjadi harapan kami agar cetusan ilmu, kemahiran praktikal, dan pengalaman berharga yang digarap sepanjang kempen STRIVE26 ini menjadi pemangkin kepada pembentukan modal insan yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia mendepani cabaran industri global.

Langkah bermula di sini. Terus mara ke hadapan bersama TVET!

Teruskan Meneroka, Teruskan Mencipta.
Jadilah Generasi TVET Masa Hadapan.

JTM Mekar Di Hatiku

“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

 

Related Articles