Accessibility Tools

Program Kesihatan Pergigian @ ADTEC Tangkak 2026

29 - 30 September 2026 - Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Tangkak melalui jalinan kerjasama strategik bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan Program Kesihatan Pergigian Tahun 2026. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan menyeluruh daripada para pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak.
Β 
Inisiatif kesihatan ini direalisasikan dengan objektif utama untuk mempertingkatkan taraf kesihatan pergigian dalam kalangan golongan dewasa muda di Daerah Tangkak. Lebih dari sekadar rawatan, ia bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran praktikal pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan oral yang berterusan.
Β 
Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian bermanfaat telah dijalankan bagi memastikan mesej kesedaran sampai kepada setiap peserta:
🦷 Pemeriksaan & Rawatan Pergigian
🎀 Ceramah Kesedaran Kesihatan Pergigian
πŸ–ΌοΈ Pameran Interaktif Kesihatan Pergigian
Β 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan urusetia, para pegawai perubatan, dan semua pelajar yang telah menjayakan program ini!
Β 
Semoga pendedahan ini memberi impak yang positif dalam melahirkan generasi muda yang holistik dan cakna akan kesihatan diri.
Β 
Senyuman Sihat, Penampilan Hebat!
Β 
β€œJom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
β€œADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
β€œMemperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
Β 

Related Articles