Accessibility Tools

Memperkasa Literasi Kewangan Generasi Masa Depan

17 Oktober 2026 - Seiring dengan usaha membentuk pengurusan kewangan yang mampan, ADTEC JTM Kampus Tangkak komited menganjurkan Program Intervensi Kewangan dengan kerjasama strategik bersama Financial Education Network (FEN), Bank Negara Malaysia (BNM) Cawangan Johor.
 
Inisiatif ini dirangka khusus untuk melengkapkan para peserta dengan ilmu literasi kewangan yang komprehensif. Melalui pendedahan dan bimbingan daripada pakar industri, kami berharap para peserta dapat membuat keputusan kewangan yang lebih bijak, berwibawa, dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak BNM atas sokongan padu dalam menjayakan agenda pendidikan kewangan ini.
 
"Bijak Wang Dulu, Tenang Bila Perlu"
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles