14 Oktober 2026 (Rabu) - Program Taalim Mingguan Masturat (TMM) ADTEC JTM Kampus Tangkak telah diadakan bertempat di Ruang Rehat Asrama Wanita, bermula pada jam 5.15 petang hingga 6.30 petang.
Program pada kali ini membawakan tajuk “Iman dan Kehidupan Syurga dan Neraka” yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan tentang kepentingan iman dalam kehidupan seharian serta mengingatkan para peserta tentang kehidupan akhirat dan balasan atas setiap amalan yang dilakukan.
Diharapkan program ini dapat menjadi wadah untuk menambah ilmu agama, memperkukuh keimanan serta mendorong para peserta untuk memperbaiki amalan dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Semoga program TMM ini dapat diteruskan secara istiqamah dan menjadi asbab kepada pembentukan peribadi Muslimah yang lebih baik serta usaha bersama dalam meraih keredaan Allah SWT dan kebahagiaan di dunia serta akhirat.
