5 – 6 Oktober 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima Lawatan Audit Dalam Secara Silang Antara Kampus ADTEC JTM Tahun 2026 yang berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober 2026.
Pelaksanaan audit ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan serta memastikan pematuhan terhadap prosedur, garis panduan dan standard kualiti yang ditetapkan.
Lawatan audit ini melibatkan empat orang pegawai audit, iaitu:
1. Pn. Huzaifah binti Hasan
2. Pn. Zuraida binti Zainol
3. Pn. Norma binti Abu Bakar
4. En. Mohd Zaki bin Kamaludin
ADTEC JTM Kampus Tangkak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pegawai audit atas komitmen, profesionalisme serta pandangan membina yang diberikan sepanjang sesi pengauditan berlangsung.
Semoga pelaksanaan audit ini menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan dalam memperkasakan kecemerlangan pengurusan organisasi dan penyampaian latihan TVET yang berkualiti.
ADTEC JTM KAMPUS TANGKAK
Komited Terhadap Kualiti, Beriltizam Ke Arah Kecemerlangan.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
