20 Oktober 2026 - Dalam Usaha Memupuk Persekitaran Kerja Yang Cemerlang, Kelab Sukan, Kebajikan Dan Rekreasi (KSKR) ILP Tangkak Dengan Bangganya Menganjurkan Kejohanan Pin Emas khusus buat barisan pegawai ADTEC Tangkak Bagi Tahun 2026 yang diadakan di MIBC Ayer Keroh Melaka.
Inisiatif Ini Bukan Sekadar Aktiviti Riadah, Tetapi Ia Direka Selari Dengan Agenda Gaya Hidup Sihat Dan Kesejahteraan Kakitangan. Lebih Bermakna, Penganjuran Kejohanan Ini Mendukung Penuh Teras Sosial (S) Dalam Kerangka ESG (Environmental, Social, And Governance) Organisasi Kami.
Kami percaya bahawa kesejahteraan fizikal dan mental (employee well-being) adalah pelaburan dan keutamaan terpenting. Ia merupakan asas dalam membentuk ekosistem ruang kerja yang lebih produktif, seimbang, dan harmonis. Kakitangan yang sihat adalah pemacu utama kepada kelestarian dan kejayaan jabatan.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
