17 April 2023 - ILP Tangkak telah melaksanakan Majlis Iftar Perdana Peringkat ILP Tangkak yang disertai oleh semua warga kerja ILP Tangkak di Surau AlJazari ILP Tangkak..
Aktiviti dimulakan dengan program gotong royong menyediakan juadah iftar termasuk nasi beriani ayam dengan bimbingan Pa' Cop Beriani, bubur lambuk, kuih onde-onde dan cucur udang dan air sirap bandung soda.
Semua juadah disediakan sendiri hasil kerjasama semua warga kerja ILP Tangkak. Tahniah semua warga kerja ILP Tangkak. Bukan sahaja berkemahiran dalam bidang teknikal tetapi hebat juga dalam penyediaan sajian.
Kami turut berkongsi rezeki dengan agihan bubur lambuk kepada agensi daerah tangkak dan juga kepada masyarakat setempat yang berulang alik di jalan utama hadapan ILP Tangkak yang disampaikan sendiri oleh tuan pengarah Ts. Mohamad Noor bin Ismail.
Seterusnya program Iftar Perdana di selitkan penyerahan sumbangan dari NGO IKRAM kepada pelajar ILP Tangkak serta ceramah Ihya Ramadhan, Majlis berbuka puasa serta Solat Terawih berjemaah.
Salam Ramadhan buat semua dari kami seluruh warga kerja ILP Tangkak.
"Jom Masuk ILP Tangkak"
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓"