Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) Bagi Kajian Penambahbaikan Latihan Industri.

10 September 2024 - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BPP) Ibu Pejabat JTM telah mempengerusikan Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) bagi kajian penambahbaikan latihan industri ILJTM yang diketuai oleh En Noor Imran Bin Mohamad dan dibantu oleh Puan Siti Nurhidayah Binti Umar dan Puan Fazliana Binti Abdul Halim.
 
ILP Tangkak diamanahkan sebagai tuan rumah bagi sesi perbincangan tersebut yang melibatkan ILJTM Zon Selatan yang terdiri daripada ILP Tangkak, ILP Pasir Gudang, ILP Mersing, ADTEC Batu Pahat, ADTEC Melaka, ILP Selandar dan ILP Bukit Katil.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles