Accessibility Tools

Kursus Training of Trainer Teknologi Komputer di C-DAC New Delhi, India

22 September – 4 Oktober 2024 - Kursus ini merupakan inisiatif kerjasama antara Indonesia, Malaysia dan Thailand - Growth Triangle (IMTGT) yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dalam bidang rangkaian komputer.
 
ILP Tangkak yang diwakili oleh Ts. Dr. Wan Muhammad Hazwan bin Ahmad Azamuddin merupakan salah seorang daripada peserta kursus bersama-sama 4 orang wakil ILJTM lain iaitu Ts. Abd Hak bin Mahad - ILP Selandar, Pn Maharani binti Mohd Haled - ADTEC Batu Pahat, En Muhamad Zarizi bin Azmi – JMTI dan Pn Nurul Najwa binti Abd Rahman - ILP Perai.
 
Semoga kursus ini meningkatkan pengetahuan dan memantapkan lagi silibus terkini Teknologi Rangkaian Komputer ILJTM serta memperkukuh lagi kerjasama antara negara-negara anggota IMTGT dalam bidang teknologi informasi dan komunikasi.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Related Articles