Accessibility Tools

ILP Tangkak Johan dalam Pertandingan ‘Low Carbon Challenge @Tangkak’

5 Oktober 2024 - Tahniah diatas kejayaan ILP Tangkak Johan dalam Pertandingan ‘Low Carbon Challenge @Tangkak’ Kategori Bangunan Kerajaan yang dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Bandar & Landskap, Majlis Daerah Tangkak Sempena Amazing Tangkak Festival 2024 melalui Projek ‘Multipurpose Agroporter’.

Projek ‘Multipurpose Agroporter’ ini bertujuan bagi menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam bidang teknologi EV dan agroporter disamping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar di kalangan komuniti pertanian serta mewujudkan peluang pekerjaan baru dalam bidang penyelenggaraan dan pengurusan teknologi EV.

Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles