Lawatan Muhibbah Komuniti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak.

21 JUN 2023 - Pihak Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ILP Tangkak telah berkunjung ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak untuk lawatan kerja Promosi Jom Masuk ILP.
Objektif kami adalah memperkenalkan ILP Tangkak dan plan halatuju Jabatan bersama PPD kepada pelajar yang tidak mendapat tempat di IPT. Institut Latihan Perindustrian Tangkak menawarkan Latihan TVET sebagai pilihan terbaik.
 
Latihan TVET (Vocational Education and Training) merupakan pilihan yang sangat baik untuk mengembangkan keterampilan dan mempersiapkan diri dalam bidang pekerjaan. Ini akan membantu pelajar menjadi lebih bersedia untuk memasuki dunia kerja.
 
Lawatan ini disertai oleh Tuan Pengarah Ts Mohamad Noor Bin Ismail, Timbalan Pengarah Latihan En Ts Aznizan Bin Md Nor dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan En Mohd Rafizi Bin Yasabah.
 
Setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan kepada pihak PPD Tangkak kerana sudi menerima kunjungan pihak kami. Semoga ukhwah ini dapat diteruskan untuk Pendidikan TVET dapat membuka pintu untuk peluang pelajar dalam bidang kemahiran dan memperkasakan TVET jabatan.
 
 
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Related Articles