Lawatan Industri Dari Ozmy Sdn Bhd

20 Ogos 2024 - Selamat datang diucapkan kepada Ozmy Sdn Bhd, Tangkak yang telah membuat lawatan industri ke ILP Tangkak.
 
Ozmy Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan pembuatan Umpan pancing tiruan menggunakan kaedah “plastic molding" yang menyasarkan produk ke Asia Tenggara dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan diperingkat global.
 
Dalam sesi lawatan ini, mereka didedahkan kepada cara kerja, penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis pengacuan suntikan bagi penghasilan produk serta proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk di Bahagian Teknologi Polimer.
 
Peserta lawatan turut dibawa ke Bengkel Teknologi CADD Mekanikal bagi melihat asas-asas dalam penghasilan lukisan kejuruteraan menggunakan perisian terkini 2D CAD dan 3D CAD.
Semoga kerjasama lanjut diantara Ozmy Sdn Bhd dan ILP Tangkak akan berterusan termasuk membuka ruang kerjaya buat pelajar ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles