Accessibility Tools

penjenamaanilpadtec.png
hebahaniso2025.png
bannerkonvo2025.jpeg
PosterAPCILPTangkak20243.png
jims_170425_banner.png
Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
bannerjommasukILPTangkak.png
previous arrow
next arrow

Lawatan Audit Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah

19-21 Mei 2025 - ILP Tangkak menerima Lawatan Audit Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah dari pihak Jabatan Audit Negara Negeri Johor.
 
Panel Audit:
• Encik Fuaad Bin Hussin
• Puan Nadia Aqila binti Abd Ghapor
• Puan Nur Nadzirah binti Abdul Wahab.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Kerja Wakil Parlimen Sekijang Ke ILP Tangkak

19 Mei 2025 - Satu lawatan kerja oleh En. Suriya A/L Muniandy, Wakil Parlimen Sekijang, Segamat telah diadakan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak bagi membincangkan kerjasama strategik serta perancangan program promosi TVET khususnya inisiatif “Jom Masuk ILP Tangkak”.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Pembangunan Interpersonal Pelajar bersama Penghuni Villa Harapan Melaka

17 Mei 2025 - Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ILP Tangkak telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Interpersonal Pelajar bersama Penghuni Villa Harapan Melaka sebagai salah bentuk pendidikan dan melahirkan kesedaran kepada pelajar PRS dalam proses pelaksanaan program, kesedaran motivasi dalaman dan memberikan suntikan kemanusiaan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
 
Melalui program ini selain dapat memperkukuhkan promosi di masyarakat luar ia secara tidak langsung membantu pelajar menjadi individu yang mempunyai nilai kemanusiaan, empati dan saling menghormati diantara satu sama lain. Kelab PRS juga berjaya menyumbang Water Jet kepada Penyelia Villa Harapan Melaka untuk kegunaan pembersihan Penghuni.
 
Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025, program ini merupakan salah satu program yang mendidik belia berjiwa prihatin, yakin kepada diri sendiri dan sentiasa peka dengan isu kemasyarakatan yang berlaku di dalam kehidupan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

CSR Wira Kesuma : Pemasangan CCTV & Pendawaian Kabel Rangkaian di Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat, Johor

13 - 16 Mei 2025 - Alhamdulillah, Program CSR Wira Kesuma : Pemasangan CCTV & Pendawaian Kabel Rangkaian di Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat, Johor telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat, Johor selama 4 hari bermula 13 hingga 16 Mei 2025.
 
Program ini melibatkan:
✅ Pemasangan sistem CCTV keselamatan di kawasan dalam & luar masjid
✅ Kerja-kerja pendawaian rangkaian ICT bagi ruang pejabat dan multimedia masjid
✅ Taklimat operasi sistem kepada AJK Masjid
✅ Penyerahan rasmi sistem keselamatan & rangkaian ICT
 
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan pengurusan masjid melalui kemudahan teknologi moden.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Teknikal ICT Wira Kesuma ILP Tangkak yang terdiri daripada 7 orang tenaga pengajar dan 5 orang pelajar semester 3 sesi 1/2024, dan barisan AJK Masjid Taman Banang Jaya atas kerjasama dan sokongan yang amat baik sepanjang program ini.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan