Accessibility Tools

jims_170425_banner.png
Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
banner promosi 2025 bm.png
previous arrow
next arrow

Kursus Towards Technology Digitalization In Manufacturing 1.0

10 – 11 Jun 2024 - Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Institut Latihan Perindustrian Tangkak telah menganjurkan Kursus Technology Towards Digitalization In Manufacturing dibawah bidang Smart System Integration Specialist, New Emerging Technology (NET 2.0) kepada 10 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi TVET awam.

Kursus yang telah dijalankan di Makmal Digital Lean dan MPS, Bengkel Teknologi Mekatronik ini membolehkan peserta mempelajari cara menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam proses operasi industri, termasuk pemantauan secara realtime, Automasi, cycle time setiap proses penghasilan produk dan integrasi sistem.

Diharapkan melalui kursus ini akan dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang ini serta dapat dikembangkan kepada pelajar-pelajar TVET apabila peserta kembali ke institusi masing-masing.

 

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2024.

10 – 11 Jun 2024 - Bengkel Teknologi Mekatronik ILP Tangkak telah menghantar 2 team untuk Pertandingan Peringkat Pra-Akhir dalam bidang Robot System Integration (RSI) yg telah diadakan di Fanuc Mechatronis, Klang.
 
Berikut adalah senarai nama pelajar yang mewakili ILP Tangkak ke pertandingan tersebut:
 
𝐓𝐞𝐚𝐦 𝟏
  1. MUHAMAD KHAIRUDDIN BIN MALIK
  2. NURHUSNA AZIRA BINTI MOHD HAFIZAL
𝐓𝐞𝐚𝐦 𝟐
  1. ALIFF AL HASYIR BIN ALI AKHBAR
  2. MUHAMMAD MUIZZ BIN LABAI
Semoga pertandingan bidang RSI ini akan menjadi pengalaman berharga kepada pelajar yang terlibat.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan Semester Akhir Sesi 1 2024.

12 Jun 2024 - Majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlang Semester Akhir telah berlangsung untuk meraikan kejayaan Pelajar-pelajar Semester Akhir Sesi 1/2024.

Seramai 65 orang pelajar akan meneruskan Latihan Industri dan menyambung pengajian di peringkat Diploma. Tahniah diucapkan kepada siswa siswi kemahiran ILP Tangkak.

Disini anda bermula, buktikan yang terbaik demi masa depan yang gemilang.

 

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Alumni ILP Tangkak Keluaran 2/2023 dilantik sebagai Ahli Dewan Muda Johor Sesi 2024/2025

7-9 Jun 2024 - Tahniah Diucapkan kepada Saudara Muhammad Arif Hafidi Bin Ariffin yang merupakan Alumni ILP Tangkak keluaran 2/2023 Bidang Teknologi Pembuatan yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Muda Johor Sesi 2024/2025 dalam Majlis Penyampaian Watikah Dewan Muda Johor Sesi 2024/2025 x Johor Youth Meetup By Orang Muda Johor (OMJ).
 
Beliau merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merangkap pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Siswa ILP Tangkak Tahun 2023 yang sangat proaktif dan komited sepanjang beliau menyandang jawatan tersebut.
 
Dewan Muda Johor (DMJ) 4.0 adalah platform terbuka dan bebas yang mengumpulkan 56 orang wakil suara anak muda Johor daripada pelbagai latar belakang bagi membincang & membahaskan usul berkaitan dasar dan polisi Kerajaan Negeri Johor.
 
Ia adalah medium demokratik yang bersifat tersusun dalam menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor melalui konsep “Persidangan”.
 
Semoga lebih ramai lagi Alumni ILP Tangkak terus cemerlang dan melahirkan generasi pemimpin pelapis yang berwibawa dan cakna akan isu masyarakat.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan