web-ksu4.png
FLYERS TAWARAN 2-2024 ILP TANGKAK (1300 x 400 px).png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
kp-baru2024-website.png
Mechanical Engineering Cad (1300 x 400 px).png
ITEX 2024.png
previous arrow
next arrow

Promosi pendidikan sempena Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak

Pameran pendidikan ini telah berlangsung di Smk Bukit Gambir dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada alumni SMK Bukit Gambir merangkap pelajar Sijil Melatronik, Pelajar Sijil Plastik dan Pelajar Cadd Mekanikal.
 
Terima kasih diucapkan kepada YB Syed Ibrahim bin Syed Noh Ahli Parlimen Ledang telah sudi untuk melawat ke meja pameran pendidikan ILP Tangkak dan menemubual pelajar terlibat.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah 

24 September 2023 - Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ILP Tangkak telah melaksanakan Program Perhimpunan Bulanan Pelajar Bersama Pengarah bagi bulan September.


Sesi Penyerahan Simbollik Pelepasan kepada peserta peringkat akhir WSMB 2023 Bidang Mechanical Engineering CAD, Phang Jackson telah dijalankan sebagai salah satu daripada acara sepanjang perhimpunan ini. Pertandingan ini akan berlangsung di Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute (UniKL MFI) pada 2-5 Oktober 2023. Semoga kejayaan milik ILP Tangkak.


Disamping itu, Tuan pengarah turut berbesar hati menyampaikan Sijil dan Medal kepada peserta Pertandingan iCompex 2023, Penyerahan Sijil kepada Peserta Robot Tempur 2023 serta Penyampaian hadiah Pertandingan Bulan Kemerdekaan ILP Tangkak 2023.


Tahniah buat semua.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Bengkel Pengurusan Minda dan Emosi

22 September 2023 - ILP Tangkak dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Persatuan Kebajikan Wanita (SEJIWA) Tangkak dan Biro Wanita Pusat Khidmat Parlimen Ledang telah menjayakan Bengkel Pengurusan Minda dan Emosi yang disertai oleh para pelajar ILP Tangkak serta komuniti setempat.
 
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar dan komuniti menguruskan emosi dengan bijak agar kekal sihat menjalani kehidupan seharian.
 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Syed Ibrahim bin Syed Noh Ahli Parlimen Ledang dan ceramah telah disampaikan oleh Dr Adnan Omar ( ahli psikologi ) Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Program Kepimpinan MPP dan promosi Jom Masuk ILP.

21 September 2023 - Menjelajah Pulau Besar Melaka merupakan tempat team building MPP kali ini. Pulau Besar merupakan salah satu tempat yang bersejarah di negeri Melaka. Episod kali ini, bahagian pengurusan pelajar dan latihan bersama unit kaunseling memfokuskan semangat kerjasama dan jati diri setiap peserta agar lebih matang dan rasional semasa tugasan di ILP. Pelbagai aktiviti dijalankan disamping mempromosikan Jom Masuk ILP Tangkak dikalangan pengunjung yang hadir.
 
Program ini diketuai oleh Pn Noorasikin bte Shaari selaku ketua, dibantu oleh Pn Zahariah Bte Mansor, En Mohd Rizal Bin Selamat ( Logistik) En Ameeruddin bin Hj Huri (Disiplin dan kecemasan).
 
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pengurusan tertinggi yang telah memberi kepercayaan kepada BPPL dan Unit kaunselor melaksanakan program ini. Tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah melepasi segala aktiviti sepanjang berkursus.
 
Semoga program ini memberi semangat kepada peserta dan meningkatkan prestasi MPP institut untuk sentiasa berkhidmat dengan cemerlang. Jom masuk ILP Tangkak!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan