Accessibility Tools

web-ksu4.png
FLYERS TAWARAN 2-2024 ILP TANGKAK (1300 x 400 px).png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
kp-baru2024-website.png
Mechanical Engineering Cad (1300 x 400 px).png
ITEX 2024.png
previous arrow
next arrow

Sesi Libat Urus Tripatite 2023 Zon Selatan

26 September 2023 - Jabatan Pembangunan Kemahiran dengan Kerjasama Institut Latihan Perindustrian Tangkak telah menjayakan Sesi Libat Urus Tripatite 2023 Zon Selatan bagi Bidang Perladangan & Komoditi, Pembuatan Plastik dan Perabot.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ts. Mohamad Noor bin Ismail, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan dan Ucaptama Sesi Libat Urus Tripatite 2023 Zon Selatan di sampaikan oleh Pn. Norisniwati binti Ab Rahim Ketua Unit Kerjasama Strategik, Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik.
 
Bagi melengkapkan Majlis ini, 3 orang panel penceramah yang berkaliber telah djemput untuk menyampaikan taklimat dan sesi dialog iaitu Pn. Nazatul Nisa binti Nordin - Ketua Eksekutif Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), Dr. Mazlan bin Abas - CEO FAVORIOT Sdn. Bhd. dan En. Mohamad Muzaffar bin Abdul Hamid - Pengarah Bahagian Produktiviti Insan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
 
Sesi kali ini turut menyaksikan Majlis Tanda Tangan Memorandum Kerjasama antara ILP Tangkak dengan V.S Industry Berhad yang diwakili oleh En. Michael Loke Yew Seng dan En Tea Chee Hwa
 
Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan Faizah binti Harun, Pengarah, Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS) diatas kesudian membacakan Ucapan Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Tripartite 2023 Zon Selatan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Related Articles

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan