Accessibility Tools

Memupuk Semangat Kesukanan & Ukhuwah Sempena Hari Sukan Negara 2026! (2)

17 Oktober 2026 - Bagi menyemarakkan gaya hidup aktif dalam kalangan pelajar, ADTEC Tangkak telah menganjurkan Program Hari Sukan Negara 2026 di Dewan Serbaguna, ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Membawa konsep sukan dalaman (indoor games), program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dengan penyertaan seramai 415 orang pelajar. Kepelbagaian acara yang dipertandingkan bukan sahaja menguji fizikal, malah mencabar ketangkasan minda dan semangat kerja berpasukan.
 
Antara acara yang menjadi tumpuan termasuklah:
🔹 Sukan Tradisional: Congkak & Dam Haji
🔹 Sukan Fizikal & Ketepatan: Bola Jaring & Dart
🔹 E-Sukan: Mobile Legends
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas semangat kesukanan yang luar biasa.
 
Dari Bengkel ke Gelanggang, Kami Generasi Cemerlang
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”