Accessibility Tools

Program Membudayakan Al-Quran - Surah Al-Baqarah Ayat 170-181 (2)

11 September 2026 -Alhamdulillah, Program Pembudayaan Al-Quran diteruskan lagi dengan penglibatan Bengkel Teknologi Pembuatan.
 
Dalam sesi kali ini, para pelajar dan tenaga pengajar Bengkel Teknologi Pembuatan bersama-sama menghayati dan membaca Surah Al-Baqarah ayat 170 hingga 181, yang sarat dengan panduan kehidupan, prinsip syariat serta nilai-nilai yang membentuk peribadi dan masyarakat yang sejahtera.
 
Antara pengajaran yang dapat dihayati:
1. Menjaga Pemakanan Halal dan Tayyib
Islam menitikberatkan pengambilan makanan yang halal dan tayyib (baik) kerana pemakanan yang baik memberi kesan kepada keberkatan amalan, kesucian hati serta kemakbulan doa.
 
Ayat ini turut menjelaskan perkara yang diharamkan seperti bangkai, darah yang mengalir, daging babi serta haiwan yang disembelih bukan kerana Allah SWT.
Dalam keadaan darurat yang mengancam nyawa, Islam memberikan rukhsah (kelonggaran) untuk mengambil makanan yang diharamkan sekadar untuk menyelamatkan nyawa, tanpa melampaui batas dan tanpa bertujuan menikmati makanan tersebut.
 
2. Syariat Qisas dan Perlindungan Nyawa
Pelaksanaan qisas merupakan salah satu bentuk keadilan dalam Islam yang bertujuan memelihara nyawa serta menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat.
Islam juga membuka ruang kepada kemaafan apabila waris mangsa memilih untuk menerima diyat (pampasan) dengan cara yang baik.
 
Lebih daripada sekadar hukuman, qisas mengandungi hikmah yang besar kerana ia menjadi satu bentuk jaminan kehidupan, mendidik masyarakat agar menjauhi jenayah dan membantu mencegah berlakunya pembunuhan serta keganasan.
 
Semoga penghayatan ayat-ayat suci Al-Quran ini bukan sekadar menjadi bacaan, tetapi dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam membentuk warga kerja yang berintegriti, berdisiplin dan sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”