8 Oktober 2026 – Dalam usaha memperkukuh kesejahteraan psikologi serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dalam kalangan pelajar, ADTEC JTM Kampus Tangkak melalui Unit Pengurusan Psikologi telah menganjurkan Program Kesejahteraan Emosi bersempena dengan sambutan Bulan Kesihatan Mental Sedunia 2026.
Program yang dikendalikan oleh Puan Noorashikin binti Saari ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan pengurusan emosi, keseimbangan mental serta amalan penjagaan kesihatan psikologi dalam kehidupan seharian.
Antara pengisian utama program adalah:
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam membudayakan persekitaran pembelajaran yang positif, prihatin dan menyokong kesejahteraan holistik pelajar.
Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat melahirkan pelajar TVET yang bukan sahaja kompeten dari aspek kemahiran teknikal, malah memiliki ketahanan mental, kestabilan emosi dan jati diri yang unggul dalam menghadapi cabaran kehidupan serta alam pekerjaan.
Emosi Sejahtera, Minda Positif, Generasi TVET Berkualiti.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
