Accessibility Tools

Perhimpunan Pelajar & Perkongsian Khas Kesihatan Mental (2)

16 Oktober 2026 - Telah berlangsung Perhimpunan Pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak yang bertempat di Dewan Serbaguna dengan perkongsian khas kesihatan mental yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi Institut Pn Noorashikin binti Saari.
 
Sesi perkongsian ini berfokus kepada dua aspek utama yang amat dekat dengan kehidupan seharian para pelajar:
🌡️ Penyesuaian Diri & Cuaca: Pegawai Psikologi menekankan bagaimana faktor persekitaran dan perubahan cuaca boleh mempengaruhi tahap emosi serta tenaga fizikal, di samping memberikan langkah praktikal untuk kekal cergas dan positif.
 
🛡️ Tindakan Berdepan Penolakan (Rejection): Pelajar turut didedahkan dengan strategi daya tindak (coping mechanism) yang positif apabila berdepan cabaran penolakan—sama ada dalam akademik mahupun perhubungan sosial—dengan menukarkannya sebagai peluang untuk berkembang (learning experience).
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pelajar yang telah memberikan komitmen dan keharmonian sepanjang majlis berlangsung. Semoga input yang diperolehi dapat diamalkan demi kesejahteraan fizikal dan emosi.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”