Accessibility Tools

Perbincangan Strategik JTM & IOI Group: Memperkasa Bakat Orang Asli Dalam Sektor Perladangan (2)

24 September 2026 – Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui ADTEC JTM Kampus Tangkak mengorak langkah progresif dalam pembangunan modal insan menerusi sesi perancangan dan pembentangan kerjasama strategik bersama syarikat gergasi perladangan, IOI Group.
 
Sesi perbincangan yang berlangsung di IOI City Tower 2, Putrajaya ini memfokuskan kepada pembentangan proposal projek khas bagi merancakkan inisiatif pembangunan Bakat Orang Asli, khususnya dalam bidang mekanisasi perladangan.
 
Fokus utama pertemuan ini adalah untuk memperincikan kerangka latihan yang komprehensif, membangunkan model pensijilan yang diiktiraf, serta memetakan hala tuju penempatan strategik bakat Orang Asli di dalam operasi mekanisasi ladang IOI Group.
 
Sesi libat urus dan panel perbincangan ini telah dijayakan dengan kehadiran:
👤 Mr. Lai Pui Leong – Ketua Bahagian Sumber Manusia, IOI Group
👤 Pengarah – ADTEC Tangkak & Wakil CESS
👤 Ketua Unit Jalinan Industri (UJI) – Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
👤 En. Rahmat Ismail – Fasilitator, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
 
Kolaborasi sinergi antara agensi kerajaan dan pemain industri utama ini membuktikan komitmen berterusan JTM dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), merapatkan jurang kemahiran, serta memastikan keterangkuman pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli selari dengan keperluan industri semasa.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”