Accessibility Tools

ADTEC Tangkak di Program Aspira Asli Peringkat Kebangsaan 2026 (2)

18-20 September 2026 - ADTEC Tangkak berbesar hati memenuhi jemputan daripada ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab sebagai pempamer mewakili Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Sinergi strategik ini turut dijayakan bersama rakan kolaborasi kami, Proton Institut dan ADTEC JTM Kampus Bukit Katil.
 
Program berprestij anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang berlangsung di Hotel KSL Esplanade, Klang ini telah berjaya menghimpunkan seramai 400 orang belia Orang Asli yang berumur antara 18 hingga 35 tahun.
 
Penyertaan ini membuktikan komitmen berterusan JTM dan ADTEC Tangkak dalam mempromosikan pendidikan TVET secara inklusif, sekaligus membuka ruang dan peluang kerjaya yang lebih meluas untuk masa depan belia Orang Asli di Malaysia.
 
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif murni ini!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”