1 Oktober 2026 - Sesi Perbincangan Strategik Dan Lawatan Kerjasama Industri telah berlangsung dengan jayanya di EZSVS (Global Development Technology Sdn. Bhd.) Data Centre, Kulai.
Inisiatif ini merupakan usahasama antara ADTEC JTM Kampus Tangkak dan ADTEC JTM Kampus Mersing, bertujuan untuk meneroka peluang pekerjaan berpotensi tinggi serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi latihan dan pemain utama dalam sektor Pusat Data yang sedang berkembang pesat.
Delegasi ADTEC Tangkak telah diwakili oleh barisan pegawai yang komited:
Semoga jalinan kerjasama strategik ini bakal memberi impak positif kepada ekosistem TVET, di samping melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri teknologi masa hadapan.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
