Accessibility Tools

jims_170425_banner.png
Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
banner promosi 2025 bm.png
previous arrow
next arrow

Lawatan Industri Dari Ozmy Sdn Bhd

20 Ogos 2024 - Selamat datang diucapkan kepada Ozmy Sdn Bhd, Tangkak yang telah membuat lawatan industri ke ILP Tangkak.
 
Ozmy Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan pembuatan Umpan pancing tiruan menggunakan kaedah “plastic molding" yang menyasarkan produk ke Asia Tenggara dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan diperingkat global.
 
Dalam sesi lawatan ini, mereka didedahkan kepada cara kerja, penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis pengacuan suntikan bagi penghasilan produk serta proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk di Bahagian Teknologi Polimer.
 
Peserta lawatan turut dibawa ke Bengkel Teknologi CADD Mekanikal bagi melihat asas-asas dalam penghasilan lukisan kejuruteraan menggunakan perisian terkini 2D CAD dan 3D CAD.
Semoga kerjasama lanjut diantara Ozmy Sdn Bhd dan ILP Tangkak akan berterusan termasuk membuka ruang kerjaya buat pelajar ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Penyertaan Pembentangan National Conference In Education-Technical & Vocational Training 2024 (CiE-TVET 2024)

20- 21 Ogos 2024 - ILP Tangkak telah menyertai Sesi Pembentangan National Conference In Education Technical & Vocational Training 2024 (CiE-TVET 2024) yang dianjurkan oleh Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.
 
Program yang bertemakan “Transformative Pathways: Bridging Skills, Technology and Sustainability in TVET” telah dibentangkan oleh Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin, Pegawai Latihan Vokasional, ILP Tangkak Kategori: Kejuruteraan Mekanikal bertajuk Influenced of Heat Input On The Hardness Of Cold-Rolled Steel joints Using Cold Arc Welding Technology.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program CSR Di Masjid Bandar Tangkak

20 Ogos 2024 - ILP Tangkak telah mengadakan Program CSR di Masjid Bandar Tangkak dengan penglibatan 37 orang ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ILP Tangkak dan 3 orang pegawai pengiring.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Pameran Program Madani Rakyat Peringkat Zon Selatan

15-17 Ogos 2024 - ILP Tangkak menerima jemputan penyertaan Program Madani Rakyat Peringkat Zon Selatan yang telah diadakan di Dataran Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru bagi menjayakan pameran, mempromosi bidang kemahiran menerusi produk-produk inovasi dan demonstrasi TVET sebagai medium mempromosi dan menarik minat pengunjung serta membuat edaran risalah dan penerangan berhubung program kemasukkan ke ILP Tangkak.
 
Pegawai bertugas:
15 Ogos 2024 – En Mohd. Rafizi Bin Yasabah, En Noor Hadi Bin Misran
16 Ogos 2024 – En Henry Lalet Bin Laeng Along, En Mohd Afizalamri Bin Mohd Asrab
17 Ogos 2024 – En Ameeruddin Bin Huri, En Mohd Nizam Bin Hassan
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan